Mobile App : Asas Rangkaian Komputer

Mobile App : Asas Rangkaian Komputer

Aplikasi Mudah Alih (mobile app) Asas Rangkaian Komputer yang dibangunkan ini adalah sebuah inovasi bagi penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di Kolej Komuniti Hulu Selangor khususnya dan kolej komuniti amnya. Inovasi ini menyediakan medium PDP tanpa batasan dengan adanya teknologi telefon pintar. Dengan itu pelajar dapat mengakses nota bagi modul ini tanpa mengira tempat dan masa. Sila imbas QR Code di bawah untuk muat turun atau boleh terus muat turun di Play Store.

published on March 16, 20150 reads 0 readers 0 not completed
Chapter 1.
Poster Mobile App : Asas Rangkaian Komputer

Poster Mobile App : Asas Rangkaian Komputer

Mobile App ini memperkenalkan pelajar kepada konsep asas rangkaian komputer dan teknologi telekomunikasi. Ia dibangunkan oleh 3 orang pensyarah Unit Sijil Sistem Komputer & Sokongan iaiatu Pn. Ana Rohana Pataniah Binti Salahuddin, Pn. Mazniza Binti Sulaiman & Pn. Noorfadhilah Binti Kahar.

Rasional utama pembangunan aplikasi mudah alih (mobile app) ini adalah bagi menyediakan medium pembelajaran tanpa batasan dengan adanya teknologi telefon pintar dan komputer tablet. Pelajar dapat mengakses nota bagi modul ini tanpa mengira tempat dan masa. Dengan adanya aplikasi mudah alih (mobile app) ini maklumat dan dokumen boleh dicapai di mana-mana sahaja. Hal ini akan merangsang minat pelajar dalam proses PDP.

Penggunaan aplikasi mudah alih (mobile app) merupakan satu inisiatif untuk membolehkan pelajar mengakses nota dengan lebih mudah, cepat serta fleksibel. Ianya juga dapat membantu organisasi dalam mengurangkan penggunaan kertas selaras dengan dasar penjimatan yang diarahkan oleh kerajaan.
Join Qfeast to read the entire story!
Sign In. It is absolutely free!
0.0
Please Rate:
0.0 out of 5 from 0 users
Be the first to add this story to favorites
▼Scroll down for more stories

Comments (0)

Be the first to comment